BERNAMA.com - Parkir percuma: Melaka jangka kekurangan hasil RM2 juta setahun
malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

BERITA EKONOMI

 

Parkir percuma: Melaka jangka kekurangan hasil RM2 juta setahun

Tarikh kemaskini: 22/06/2018
 

JASIN, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka menjangkakan kekurangan kutipan hasil kira-kira RM2 juta setahun selepas pelaksanaan pengecualian bayaran parkir kenderaan di negeri berkenaan pada hari Sabtu dan Ahad bermula 15 Jun lepas.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew berkata ia melibatkan 27,880 petak parkir kenderaan di bawah pentadbiran empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, kekurangan kutipan tersebut dijangka tidak memberi impak yang besar kepada pendapatan kerajaan negeri sekiranya langkah penjimatan perbelanjaan dilaksanakan dengan berkesan.

"Inisiatif pengecualian bayaran parkir kenderaan di negeri ini pada awalnya dilaksanakan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah melibatkan kawasan tumpuan pelancongan atau bandar namun ia kemudian diperluaskan di tiga lagi kawasan pentadbiran PBT di negeri ini."

"Ia merupakan satu janji kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas bagi meringankan beban rakyat selain merupakan tanggungjawab kerajaan untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis melancarkan parkir percuma pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), di sini, hari ini.

Tey berkata tahun lepas kutipan hasil bayaran parkir kenderaan di negeri berkenaan berjumlah RM6.68 juta melibatkan tiga daerah di bawah pengendalian empat PBT di negeri itu.....
 
 
 

       Berita Utama Terdahulu