142 nabbed in anti-drug operations [ 6m ago ]

Berita EKONOMI


Shopee tawar perkhidmatan penghantaran percuma bagi kempen '9.9 Super Shopping'

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Platform membeli belah dalam talian utama di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee, akan menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma bagi barangan yang dibeli di platform tersebut bagi perbelanjaan minimum RM9 bersempena dengan kempen ‘Shopee 9.9 Super Shopping Day’.

Ketua Perniagaan Shopee Malaysia Zed Li berkata kempen itu yang bermula dari 19 Ogos sehingga 9 Sept, 2019, akan menawarkan pelbagai diskaun dalam seluruh kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, Realme dan Nestle.

"Bagi menggalakkan lagi penggunaan e-dagang, Shopee menurunkan perbelanjaan minimum bagi perhantaran percuma kepada RM9.

"Kami juga berharap dengan kempen ini, kami dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjimatkan wang mereka, terutamanya pada barangan keperluan,” katanya pada majlis pelancaran kempen itu di sini, hari ini.

Kempen ‘9.9 Super Shopping Day’ yang berlangsung selama tiga minggu itu kan menampilkan promosi dan hiburan serta keistimewaan eksklusif termasuk tawaran ‘Shocking Sale’ sembilan kali sehari daripada harga serendah RM1, dan ‘RM9.90 Super Voucher Pack’, di mana pengguna membayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, Grab dan banyak lagi.

Bagi maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, boleh layari laman web Shopee di https://shopee.com.my/m/99.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu