Hilang IC: wanita buat laporan palsu elak didenda - polis [ 58m ago ]

Berita EKONOMI


Tindakan City of London tambah pegangan langgar ketetapan SC

Tarikh kemaskini: 09/10/2019
KUALA LUMPUR, 9 Okt -- City of London Investment Management Company Ltd, firma pengurusan pelaburan berpejabat di United Kingdom telah melanggar garis panduan Suruhanjaya Sekuriti membabitkan tindakan menambah pegangan saham dalam icapital.biz Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, icapital.biz berkata City of London telah menambah pegangan saham kepada 20.08 peratus selepas membuat pembelian itu di pasaran terbuka.

"Ini melanggar Garis Panduan Dana Tertutup Suruhanjaya Sekuriti yang menyatakan 'tiada pemegang saham dana tertutup itu boleh memegang lebih daripada 20 peratus jumlah saham terbitan dan berbayar dana tertutup berkenaan,' walaupun telah diingatkan oleh icapital.biz kepada semua pemegang saham seawal pada 24 Nov 2017 dan sekali lagi pada 5 Dec 2017,” katanya.

Menurut icapital.biz, sejak pengumuman pertama mengenai kepentingan 15.2 peratus dalam saham icapital.biz pada 2011, City of London telah meningkatkan pegangannya dalam syarikat itu.

icapital.biz adalah satu-satunya dana tertutup Bursa Malaysia yang diuruskan oleh Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd dan Tan Teng Boo.

Sewaktu ditutup, saham icapital.biz berada pada RM2.43 iaitu naik tiga sen daripada harga penutup semalam.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu