Hilang IC: wanita buat laporan palsu elak didenda - polis [ 1h ago ]

Berita EKONOMI


Advancecon raih kontrak RM49.4 juta di Sarawak

Tarikh kemaskini: 09/10/2019
KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holdings Bhd (Advancecon), Advancecon Infra Sdn Bhd, meraih kontrak bernilai RM49.4 juta untuk menjalankan kerja-kerja-kerja tanah dan sampingan untuk cadangan jalan baharu di bawah Upper Rajang Development Agency Package 2 Road Infrastructure Projects di Pelagus/Baleh, Sarawak.

Syarikat perkhidmatan kejuruteraan awam itu berkata Advancecon Infra mendapat Surat Lantikan daripada Advancecon (Sarawak) Sdn Bhd, yang pelanggannya ialah Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Serantau.

Dalam kenyataan hari ini, katanya skop kerja-kerja itu melibatkan kerja-kerja siasatan tanah, kerja-kerja cerucuk, kerja-kerja geoteknikal, perlindungan dan penambahbaikan alam sekitar, pengurusan dan kawalan lalu lintas, pembersihan tapak, kerja-kerja tanah, kerja-kerja saliran, jalan raya serta kerja-kerja jambatan.

Advancecon berkata anggaran tempoh kontrak itu selama 29 bulan dari tarikh pemilikan tapak pada 19 Okt, 2019.

“Kejayaan ini menunjukkan usaha kami untuk meningkatkan kedudukan kami di Sabah dan Sarawak dengan membida kerja-kerja infrastruktur di Sarawak mula membuahkan hasil," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Advancecon Datuk Phum Ang Kia.

Beliau yakin syarikat akan dapat membida lebih banyak projek dan mempelbagaikan aliran pendapatannya kepada pasaran baharu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu