Sime Darby kekalkan operasi di Hong Kong, kata ceo kumpulan [ 2m ago ]

Berita EKONOMI


Samsung menangi 46 Anugerah Inovasi CES 2020 atas reka bentuk, kejuruteraan unggul

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Samsung Electronics Co., Ltd hari ini mengumumkan 46 inovasi produk baharunya menerima Anugerah Inovasi CES® 2020 termasuk tiga yang diiktiraf sebagai Inovasi Terbaik.

Galaxy Note 10+ 5G dan dua produk paparan visual Samsung merupakan pemenang Inovasi Terbaik, menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

Samsung berkata anugerah berprestij itu bertujuan mengiktiraf peranti dan perkhidmatan yang mengetengahkan reka bentuk dan kejuruteraan unggul dalam teknologi terkini.

“Anugerah itu membuktikan kesinambungan pencapaian Samsung dalam membangunkan inovasi rintis yang menggerakkan industri ke arah masa hadapan.

“Tahun ini, produk Samsung menerima anugerah itu bagi pelbagai kategori termasuk paparan visual, permainan video, perisian dan aplikasi mudah alih, teknologi terbina dalam, Tech for a Better World, kemampanan, komponen dan aksesori audio visual kediaman, peralatan dan komponen komputer, kesihatan dan kesejahteraan, kecergasan, sukan dan bioteknologi, boleh pakai, peranti dan aksesori mudah alih, aksesori komputer, peralatan kediaman dan kediaman pintar,” menurut Samsung.

Anugerah Inovasi CES ditaja oleh Persatuan Teknologi Pengguna, pemilik dan penganjur CES.

Produk Samsung yang diiktiraf industri akan diketengahkan di gerai pameran Samsung (#15006) semasa berlangsungnya CES 2020, mulai 7 hingga 10 Jan, 2020 di Dewan Utama, Pusat Konvensyen Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu