KPDNHEP tidak cadang wujud jenama 'i-KeeP' [ 14m ago ]

Berita EKONOMI


Anak syarikat IOI Properties raih sehingga RM6 bilion melalui nota Euro

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Anak syarikat milik penuh IOI Properties Group Bhd, Progressive View Pte Ltd, mewujudkan program Nota Jangka Sederhana Euro bernilai S$2 bilion (RM6.1 bilion).

Pemaju hartanah itu berkata kelulusan secara prinsip telah diterima daripada Singapore Exchange Securities Trading Ltd untuk mewujudkan program tersebut, yang dijamin tanpa syarat oleh IOI Properties.

Syarikat itu telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjamin nota yang diterbitkan berdasarkan program tersebut pada bulan lepas.

“Hasil bersih daripada program tersebut bertujuan untuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, perbelanjaan modal, keperluan modal kerja, pembiayaan semula pinjaman sedia ada dan/atau tujuan korporat am kumpulan,” menurut IOI Properties dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

DBS Bank Ltd merupakan pengatur dan peniaga untuk program itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu