Gojek : Women's safety will be given top priority - Syed Saddiq [ 11m ago ]

Berita EKONOMI


Kontrak hadapan emas dibuka tanpa diniagakan

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif tidak diniagakan pada sesi awal berikutan kekurangan minat belian terhadap logam berharga itu.

Pada 9.35 pagi, kontrak-kontrak Ogos 2019, September 2019, Oktober 2019 dan November 2019 masing-masing pada RM197.50, RM193.10, RM194.1 dan RM194.55.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka sebanyak 110 kontrak.

Harga emas fizikal susut RM4.11 kepada RM194.74 daripada RM198.85 segram, semalam.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu