142 nabbed in anti-drug operations [ 6m ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada pagi ini.

Pada 9.14 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2019 naik 17.5 mata kepada 1,604.0, September 2019 meningkat 16.5 mata kepada 1597.0, Disember 2019 menambah 18.5 mata kepada 1,596.5 dan Mac 2020 meraih 17.5 mata kepada 1,593.5.

Jumlah dagangan 1,162 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 27,847 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI pula naik 5.50 mata kepada 1,598.38 selepas 30 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu