142 nabbed in anti-drug operations [ 7m ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan KLCI tinggi pada tengah hari

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, disokong oleh kadar asas pasaran tunai yang kukuh.

Pada rehat tengah hari, bulan semerta Ogos 2019 naik 13.5 mata kepada 1,600.00, September 2019 dan Disember 2019, masing-masing meningkat 14 mata kepada 1,593.5 dan 1,592.0, manakala Mac 2020 menambah 13 mata kepada 1,589.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,648 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 30,832 kontrak.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 7.73 mata kepada 1,600.61.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu