Parti Putra dilancarkan bulan depan [ 11m ago ]

Berita EKONOMI


Kontrak hadapan emas tinggi pada tengah hari

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tinggi setakat tengah hari ini dengan tiga bulan kontrak didagangkan.

Pada 12.38 tengah hari, kontrak-kontrak September 2019 menokok sebanyak 138 mata kepada RM200.00 segram manakala Oktober 2019 melonjak 146 mata kepada RM201.40 segram dan April 2020 meningkat 147 mata kepada RM203.80 segram.

Kontrak bulan semasa Ogos 2019 dan November 2019 kekal pada RM197.50 dan RM195.00 segram.

Jumlah dagangan sebanyak enam lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 116 kontrak.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu