142 nabbed in anti-drug operations [ 4m ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan KLCI ditutup tinggi

Tarikh kemaskini: 14/08/2019
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh minat belian yang kukuh.

Bulan semerta Ogos 2019 dan September 2019 masing-masing meningkat 8.5 mata kepada 1595.0 dan 1588.0, Disember 2019 naik 9.5 mata kepada 1587.5 manakala Mac 2020 menokok 8.0 mata kepada 1584.0.

Jumlah dagangan menguncup kepada 7,221 lot daripada 8,056 lot yang direkodkan semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 33,188 kontrak daripada 33,903 kontrak sebelum ini.

Penanda aras FBM KLCI lebih tinggi 7.43 mata kepada 1,600.31.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu