Pelajar Malaysia digalak sertai program Space Camp di AS [ 5h ago ]

Berita EKONOMI


Kontrak hadapan KLCI tinggi dalam dagangan awal

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.22 pagi, September 2019 menambah 3.0 mata kepada 1,591.0, Oktober 2019 dan Mac 2020 masing-masing meningkat 2.5 mata kepada 1,591.00 dan 1,587.0, manakala Disember 2019 menokok 4.0 mata kepada 1,593.5.

Jumlah dagangan sebanyak 618 lot manakala minat terbuka sebanyak 29,583 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI meningkat 0.86 mata kepada 1,596.71 selepas 22 minit berurus niaga.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu