Malaysia kutuk serangan dron keatas kilang minyak Aramco [ 3m ago ]

Berita EKONOMI


Kontrak hadapan emas tinggi pada tengah hari

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif kekal tinggi dengan dua bulan kontrak diniagakan pada tengah hari ini.

Pada 12.30 tengah hari, kontrak bulan jauh Ogos 2020 meningkat dua mata kepada RM202.60 segram, manakala April 2020 ditambat pada RM204.40 segram.

Kontrak bagi September 2019, Oktober 2019, November 2019 dan Disember 2019 masing-masing tidak berubah pada RM199.40, RM199.70, RM200.10 dan RM201.30 segram.

Jumlah dagangan sebanyak dua lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 121 kontrak.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu