Tiada kenaikan harga topeng muka susulan jerebu [ 10m ago ]

Berita EKONOMI


Tiada urus niaga KLIBOR pada tengah hari

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Kontrak niaga hadapan tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) di Bursa Malaysia Derivatif kekal tidak diniagakan pada tengah hari ini.

Pada rehat tengah hari, kontrak September 2019, Oktober 2019, November 2019 dan Disember 2019 masing-masing ditambat pada 96.40, manakala jumlah dagangan dan kepentingan terbuka kekal sifar.

Di pasaran tunai, pendaras tiga bulan KLIBOR disandarkan pada 3.40 peratus pada penetapan 11 pagi.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu