Kim raih gelaran sulung ADT pada Kejohanan PGM MNRB [ 1h ago ]

Berita EKONOMI


Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir dagangan pagi

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
KUALA LUMPUR, 11 Sept -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir dagangan pagi, disokong oleh Axiata, Petronas Chemicals dan Maybank.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.18 mata kepada 1,597.03 berbanding 1,595.85 pada penutupan Selasa.

Indeks dibuka 2.03 mata lebih tinggi pada 1,597.88.

Seorang penganalisis berkata saham Asia kukuh dalam dagangan awal hari ini ekoran sentimen yang lebih tenang di pasaran global berikutan perang perdagangan AS-China sudah mula reda selain pelabur kini menunggu pengumuman rangsangan oleh Bank Pusat Eropah pada Khamis selain kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS minggu depan.

Selain itu, penggiat pasaran juga memantau rapat perkembangan Brexit, di tengah-tengah kurangnya berita yang dapat menggerakkan pasaran tempatan.

Bagi saham wajaran tinggi, Axiata meningkat 10 sen kepada RM4.21, Petronas Chemical menambah sembilan sen kepada RM7.09, dan Maybank naik dua sen kepada RM8.88.

CIMB menokok satu sen kepada RM5.01 dan Hap Seng naik empat sen kepada RM9.74.

Antara saham aktif, Green Packet naik satu sen kepada 25 sen dan Metronic tidak berubah pada tujuh sen.

Indeks FBM Emas meningkat11.71 mata kepada 11,253.50, Indeks FBMT100 menambah 10.13 mata kepada 11,090.73 manakala Indeks Syariah FBM Emas naik 19.17 mata kepada 11,765.60.

FBM Ace meningkat 2.73 mata kepada 4,482.22 dan FBM 70 naik 20.48 mata kepada 13,840.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 15.63 mata kepada 15,532.33, Indeks Perladangan menambah 3.35 mata kepada 6,830.56 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.38 mata kepada 149.42.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi saham untung sebanyak 336 berbanding 312, manakala 377 kaunter tidak berubah, 935 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.32 bilion unit bernilai RM772.74 juta.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu