'The Shore Sky Tower Towerthon Challenge' sasar 1,500 peserta [ 7m ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan KLCI ditutup tinggi

Tarikh kemaskini: 11/09/2019
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini.

Kontrak bulan semerta September 2019 dan Oktober 2019 masing-masing naik 6.0 mata kepada 1,594.0 dan 1,594.5, Disember 2019 menokok 5.5 mata kepada 1,595.0, manakala Mac 2020 meningkat 5.0 mata kepada 1,589.5.

Jumlah dagangan, bagaimanapun menyusut kepada 5,773 lot daripada 8,342 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 32,333 kontrak daripada 35,851 sebelumnya.

Penanda aras FBM KLCI ditutup 6.45 mata lebih tinggi pada 1,602.30.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu