SOJC: Malaysia kalahkan Jepun, akan betemu lagi untuk tempat ketiga, keempat [ 56m ago ]

Berita EKONOMI


Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding Dolar US

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar US pada hari ini berikutan kekurangan minat belian, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit dibuka pada 4.1950/1990 berbanding US dolar daripada 4.1955/1985 sewaktu ditutup semalam.

Strategis Pasaran Asia Pasifik Axi Trader Stephen Innes berkata pasaran kembali memberi tumpuan terhadap yuan ketika peniaga tempatan mengurangkan jangkaan mereka menjelang sambungan rundingan dagangan Amerika Syarikat-China pada minggu ini.

"Bagaimanapun, tahap psikologi ringgit pada 4.20 juga turut diberi tumpuan sekiranya yuan penting dalam ringgit kembali menjadi tumpuan jika yuan terus tidak menentu," katanya.

Sewaktu dibuka, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0366/0397 daripada 3.0404/0437 pada Rabu dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.9078/9126 daripada 3.9082/9114 semalam.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding yen kepada 4.6061/6109 daripada 4.6067/6116 manakala berbanding pound Britain, ia mengukuh kepada 5.1221/1274 daripada 5.1311/1364 semalam.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu