KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 8m ago ]

Berita EKONOMI


Kontrak hadapan KLCI rendah pada dagangan awal

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dibuka rendah hari ini sejajar dengan asas pasaran tunai yang lemah, kata peniaga.

Pada 9.16 pagi, kontrak bulan semasa Oktober 2019 susut 6.5 mata kepada 1,551.00, November 2019 turun 5.0 mata kepada 1,552.00 dan Disember 2019 berkurangan 4.0 mata kepada 1,556.00.

Selain itu, Mac 2020 tidak didagangkan dan kekal pada 1,557.00.

Jumlah dagangan sebanyak 641 lot dan kepentingan terbuka 27,455 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI berkurangan 0.39 mata kepada 1,550.84 selepas 32 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu