Kedudukan pasukan Piala SOJC 2019 [ 38s ago ]

Berita EKONOMI


Tiada urus niaga kontrak hadapan emas pada dagangan awal

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Jurujual Madras Jewellers, meyusun barang kemas di Jalan Masjid India, hari ini. Menurut peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Kiang Jia Ling, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tanpa sebarang urus niaga, semalam berikutan kekurangan minat belian di samping emas di Bursa tidak berubah tanpa urus niaga pada hari dagangan terakhir, minggu ini. Pasaran tempatan mengambil petunjuk daripada prestasi lemah di pasaran emas Bursa Komoditi AS, yang jatuh kerana peniaga mengurangkan kedudukan mereka walaupun dolar US merosot. Bulan semerta Jun 2018, Julai 2018, Ogos 2018 dan September 2018 masing-masing ditambat pada RM164.70, RM165.05, RM165.15 dan RM165.50 segram. Jumlah dagangan sifar berbanding dua lot bernilai RM33,030 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38 kontrak daripada 40 kontrak, semalam. Pada jam 5 petang semalam, harga emas fizikal naik 19 sen kepada RM157.89 segram. -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dibuka tanpa mencatat sebarang dagangan pada hari ini.

Pada 9.40 pagi, kontrak Oktober 2019, November 2019, Disember 2019 dan Januari 2020 masing-masing ditetapkan pada RM203.50, RM203.70, RM204.00 dan RM205.10 segram.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka sebanyak 150 kontrak.

Pada 9.30 pagi, harga emas pada RM196.88 gram iaitu naik 54 sen daripada RM196.34 segram, semalam.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu