KBS bakal salur dana khas kepada Hafizh Syahrin [ 17m ago ]

Berita EKONOMI


Kontrak hadapan KLCI rendah pada tengah hari

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif rendah pada tengah hari, selari prestasi kadar asas pasaran tunai yang lemah.

Pada rehat tengah hari, Oktober 2019 merosot 6.5 mata kepada 1,551.00, manakala November 2019 dan Disember 2019 turun 5.0 mata kepada 1,552.00 dan 1,555.00.

Mac 2020 kekal pada 1,557.00.

Jumlah dagangan sebanyak 2,422 lot manakala minat terbuka sebanyak 29,562 kontrak.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FBM KLCI susut 1.08 mata kepada 1,550.15.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu