Sathianathan tidak letak harapan tinggi raih anugerah jurulatih terbaik [ 52s ago ]

Berita EKONOMI


Niaga hadapan KLCI ditutup rendah

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini walaupun momentum positif dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup, bulan semerta November 2019 turun 3.0 mata kepada 1,611.0, Disember 2019 susut 3.5 mata kepada 1,612.0, Mac 2020 berkurangan 1.0 mata kepada 1,609.0, manakala Jun 2020 merosot 2.5 mata kepada 1,607.5.

Jumlah dagangan susut kepada 6,713 lot daripada 6,920 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 34,711 kontrak daripada 33,547 kontrak pada Khamis.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 0.40 mata untuk ditutup kepada 1,609.73.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu