MTW2019 Kick off today [ 3h ago ]

Penting Bagi Pemimpin NGO Dikenali Sebagai Individu Yang Berintegriti

Tarikh kemaskini: 19/11/2017
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Adalah penting untuk pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) untuk menunjukkan atau dikenali sebagai individu yang berintegriti, kata Pengasas, Pengerusi dan Komander St John Ambulance Sarawak (SJAS) Datuk Seri Ang Lai Soon.



"Bahkan ada bidalan lama bahawa ikan akan busuk bermula daripada kepala ke bawah. Mana-mana NGO sukarela yang membusuk juga adalah sama. Ia akan mula membusuk, jika mereka yang sepatutnya memimpin dikenali mempunyai keperibadian yang meragukan.



"Kemusnahan NGO itu akan menyusul selepas itu. Jika kita sayangkan organisasi kita, masyarakat kita, kita semua mesti berjaga-jaga dan waspada buat selama-lamanya untuk menjadga ia daripada menjadi busuk," kata Ang dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-46 penubuhan SJAS di Kuching, Sarawak semalam.



Beliau berkata NGO seperti SJAS mesti berhati-hati memastikan amalan berintegriti dan tadbir urus yang baik dilaksanakan di Sarawak sepanjang masa.



Ang berkata beliau bangga kerana SJAS boleh berdiri dengan yakin untuk berhadapan dengan sebarang cubaan untuk melemahkan komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus yang baik.



Beliau juga berkata SJAS akan terus berusaha mempertahankan tradisi terbaik dan nilai murninya, supaya anggotanya boleh kekal bangga memakai uniform persatuan itu.



-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu