malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Hakisan Pantai Mek Mas Igauan Ngeri Penduduk

Tarikh kemaskini: 05/12/2018
 

Benteng penahan ombak sementara yang dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan bagi mengurangkan kesan hakisan di pesisir pantai Mek Mas termasuk Pulau Kundur, yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Kota Bharu. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
Oleh Mohd Fakri Awang Lah dan Rohaiza Ab Rahman

KOTA BHARU (Bernama) -- Deruan ombak Laut China Selatan setiap kali menjelang musim tengkujuh sentiasa menjadi igauan ngeri kepada kira-kira 500 penduduk yang tinggal di pesisir pantai Mek Mas termasuk Pulau Kundur yang terletak sekitar 12 kilometer dari bandar ini.

Apa lagi bagi sebahagian daripada mereka pernah berdepan detik cemas beberapa tahun lepas melihat sendiri kediaman musnah akibat pukulan ombak tanpa mampu berbuat apa-apa.

Walaupun menyedari keadaan sama mungkin berulang, mereka tiada pilihan lain melainkan terus menetap di kediaman sama yang menjadi tempat tinggal mereka sejak turun temurun.

Fenomena hakisan pantai akibat ombak besar di musim tengkujuh yang lazimnya berlaku sepanjang Oktober hingga Mac tahun berikutnya bukan hanya menyebabkan penempatan penduduk pesisir pantai terjejas teruk malah ada juga kediaman yang "lesap" terus dibawa arus ombak.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu