malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Jasa rakyat beri kemenangan kepada PH mesti dihargai - Mukhriz

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 

ALOR SETAR, 7 Dis (Bernama) -- Pemimpin dan anggota parti Pakatan Harapan (PH) mesti menghargai jasa dan budi rakyat yang berani melakukan perubahan luar biasa dengan memilih dan memberi kemenangan kepada pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu untuk menerajui pentadbiran negara ini.

Sehubungan itu, Pengerusi PH Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata cara untuk menunjukkan kepimpinan dan anggota PH menghargai rakyat adalah dengan berkhidmat sebaik mungkin kepada mereka.

"...yang layak terima penghargaan setinggi-tingginya tidak lain dan tidak bukan adalah rakyat Malaysia, kerana dalam keadaan senyap, dalam keadaan tidak menonjol tetapi terkesan dalam kempen pilihan raya kita, tanpa tunjuk sokongan terlalu terbuka, rupa-rupanya mereka sehati sejiwa dengan kita memberanikan diri buat keputusan memangkah dan mengundi calon PH," katanya di sini, hari ini.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu