malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Emir Qatar tamatkan lawatan kerja ke Malaysia

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 

SEPANG, 7 Dis (Bernama) -- Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani menamatkan lawatan kerja tiga hari baginda ke Malaysia.

Baginda menaiki pesawat khas di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini dan berlepas pulang pada 6 petang.

Hadir di lapangan terbang ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Sheikh Tamim, yang menaiki takhta pada 25 Jun 2013 sebagai Emir Qatar kelapan, melakukan lawatan sulung ke Malaysia pada Oktober 2017.

Semalam Sheikh Tamim dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan di Putrajaya.

Lawatan ini menandakan pertemuan rasmi pertama antara Sheikh Tamim dan Dr Mahathir sejak peralihan kepimpinan Malaysia pada Mei tahun ini.

Hari ini, Sheikh Tamim menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Anti-Rasuah Sheikh Tamim kali ketiga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

-- BERNAMA





 
 
 

       Berita Utama Terdahulu