malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia ditangguh kepada Ahad - SUHAKAM

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sambutan Hari Hak Asasi Manusia untuk memperingati Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 telah dijadualkan semula kepada Ahad (9 Dis).

Sambutan itu mulanya dirancang diadakan esok.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Razali Ismail memberitahu pemberita di sini bahawa venue dan masa acara itu tetap sama iaitu di Padang Timur, Petaling Jaya, dari 9 pagi hingga 3 petang.

Beliau berkata penangguhan sambutan esok dibuat atas nasihat daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata SUHAKAM akan menjemput Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri acara sambutan pada Ahad.

-- BERNAMA





 
 
 

       Berita Utama Terdahulu