malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Perhimpunan ICERD: UTC Kuala Lumpur@Pudu Sentral tutup esok

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 
PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur@Pudu Sentral ditutup esok berikutan penutupan jalan-jalan utama ke pusat bandar disebabkan perhimpunan 'kesyukuran' Kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata UTC KL@Pudu Sentral akan mula beroperasi semula pada 9 Dis (Ahad).

-- BERNAMA



.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu