malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Sarawak Energy, Shell MDS teroka masa depan ekonomi hidrogen di Sarawak

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 
KUCHING, 7 Dis (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd dan Shell MDS (Malaysia) Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama bagi menilai potensi peluang dalam teknologi pengeluaran hidrogen berkos rendah melalui elektrolisis.

MoU itu termasuk kajian bersama dan pertukaran pengetahuan mengenai teknologi pengeluaran hidrogen, pendidikan dan merangka amalan terbaik serta menilai peluang untuk pensijilan hijau dalam pengeluaran hidrogen.

Penandatangan untuk Sarawak Energy adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datu Sharbini Suhaili dan Naib Presiden Kanan Perundangan & Risiko Perusahaan, Nooruddin Abdullah manakala Shell MDS diwakili Pengarah Urusannya, Omar Sheikh dan Pengurus Besar Bagi Pembuatan, Chris Schultz.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu