malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Lelaki disyaki bunuh anak lelaki 10 tahun direman seminggu

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 
KAJANG, 7 Dis (Bernama) -- Seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, dekat sini, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera hingga mati anak lelakinya berusia 10 tahun, dua hari lalu.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fadziatul Isma Ahmad di sini hari ini.

Lelaki tersebut direman hingga 13 Dis bertujuan bagi membantu siastan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Media melaporkan mangsa dibawa ke Hospital Serdang oleh keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira jam 10.30 malam, Rabu lalu, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu