Filem Animasi 3D Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal di pawagam 21 Mac 2019

Tarikh kemaskini: 08/01/2019
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Selepas 10 tahun mencipta fenomena menerbitkan filem animasi 3D pertama negara berjudul ‘Geng: Pengembaraan Bermula’, Les' Copaque Production Sdn. Bhd kembali dengan filem animasi 3D 'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ (UIKST) yang bakal disiarkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac ini.

Mengambil masa lima tahun untuk penyelidikan dan penghasilan teknikal yang setanding filem animasi antarabangsa, UIKST dijangka dapat melonjakkan mutu industri animasi tempatan setanding karya-karya besar di luar negara.

Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi berkata UIKST yang menelan belanja hampir RM20 juta menggunakan sepenuhnya kepakaran anak tempatan.
.....

       Berita Utama Terdahulu