Sufficient water supply during drought in Selangor - MB [ 7h ago ]

Polis Australia rampas 20 kilogram kanabis daripada suspek kes tembak jatuh dron

Tarikh kemaskini: 11/01/2019
SYDNEY, 11 Jan (Bernama) -- Siasatan polis terhadap insiden sebuah dron ditembak jatuh, merintis rampasan 187 pokok ganja dan 20 kilogram kanabis kering di sebuah rumah milik seorang lelaki pada Khamis.

Pasukan polis pada asalnya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun itu bagi membantu siasatan kejadian sebuah dron yang ditembak jatuh.

Ketika memeriksa kawasan kediaman lelaki itu, mereka menemui ganja terbabit.

Menurut agensi berita Xinhua, siasatan awal menyatakan seorang ejen hartanah menggunakan dron terbabit bagi mengambil gambar dari udara di kawasan New South Wales ketika pesawat udara kawalan jatuh itu ditembak jatuh.
.....

       Berita Utama Terdahulu