Sufficient water supply during drought in Selangor - MB [ 7h ago ]

Malaysia senada dengan Singapura tangguh mesyuarat JMCIM - Mohamed Azmin

Tarikh kemaskini: 12/01/2019
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) beramah mesra bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) ketika tiba di pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands (P.078) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata hari ini.
TANAH RATA, 12 Jan (Bernama) -- Malaysia senada dengan Singapura untuk menangguhkan Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) ke-14 yang dijadualkan berlangsung Isnin ini, buat sementara waktu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sepatutnya mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan menarik perhatian bahawa ia ekoran beberapa isu mesyuarat itu berkait rapat dengan perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Luar kedua-dua negara Selasa lepas.

Katanya beliau akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan dan Menteri Pembangunan Nasional republik itu Lawrence Wong, esok dan Isnin ini, bagi perhalusi lebih lanjut perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala itu, sebelum dibawa ke mesyuarat JMCIM seterusnya.
.....

       Berita Utama Terdahulu