Sufficient water supply during drought in Selangor - MB [ 7h ago ]

JDT lancar jersi baharu musim 2019

Tarikh kemaskini: 12/01/2019
JOHOR BAHRU, 12 Jan (Bernama) -- Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2019 di Dataran Bandaraya, di sini, malam ini.

Jersi baharu musim ini didatangkan dengan dua rekaan khas daripada ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat iaitu merah biru bagi tuan rumah dan jersi perlawanan di tempat lawan berwarna ungu.

Pelancaran jersi baharu tersebut disempurnakan Presiden JDT, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dengan kehadiran penyokong kelab berkenaan walaupun dalam keadaan hujan renyai.
.....

       Berita Utama Terdahulu