Cagamas terbit kertas komersial islam RM305 juta [ 3h ago ]

LIMA 2019: 31 negara sahkan penyertaan, Turki miliki pavilion terbesar

Tarikh kemaskini: 11/02/2019
LANGKAWI, 11 Feb (Bernama) -- Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) yang dijadualkan pada penghujung bulan depan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata 12 negara telah mengesahkan penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Turki, negara yang terkenal mempunyai industri pertahanan yang baik memiliki pavilion terbesar pada LIMA'19 dengan keluasan 730 meter persegi diikuti Rusia 697 meter persegi," katanya.
.....

       Berita Utama Terdahulu