Lima pekerja am terpijak tumpahan merkuri di HTJ [ 2m ago ]

Trend jaja jualan di lampu isyarat dapat sambutan di Terengganu

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
KUALA TERENGGANU, 12 Feb (Bernama) -- Pelbagai cara dan gaya pemasaran digunakan peniaga mahupun penjaja masa kini bagi menarik pelanggan membeli barangan jualan mereka.

Jika sebelum ini mereka menggunakan platform jualan dalam talian, kini trend menjaja di tepi-tepi lampu isyarat seperti yang kebiasaan dilihat di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam menjadi ikutan peniaga di bandar raya ini.

Boleh dilihat kelibat para pemuda yang mundar-mandir di persimpangan lampu isyarat sekitar bandaraya Kuala Terengganu tampil berpakaian tradisional dengan seluar batik, baju pagoda putih dan topi terendak menjinjit barangan jualan sambil mencari pelanggan.
.....

       Berita Utama Terdahulu