Cagamas terbit kertas komersial islam RM305 juta [ 3h ago ]

Tangani Segera Isu Salah Guna Sijil Halal Sebelum Parah

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
Salah satu operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Terengganu yang disertai agensi penguatkuasaan lain baru-baru ini. (Gambar fail) -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
Oleh Muhammad Basir bin Roslan



KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Satu demi satu kegiatan pengusaha restoran yang menyalahgunakan sijil halal dibongkar sejak kebelakangan ini termasuk yang mempamerkan sijil halal tamat tempoh.

Ada juga kes pengusaha yang tanpa segan silu menggunakan sijil halal yang tidak disahkan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) ataupun Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) apabila pemeriksaan dibuat.

Antara kes penyalahgunaan sijil halal yang mendapat liputan media: 31 Jan di Kota Bharu, Kelantan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan membuka kertas siasatan ke atas sebuah premis restoran kerana didapati mengguna logo halal Jakim dan pengesahan halal Malaysia yang tamat tempoh; 28 Jan di Kuantan, Pahang, sebuah restoran Vietnam menghadapi denda sehingga RM250,000 kerana memaparkan logo ‘halal’ yang tidak disahkan di premisnya dan di pek makanan dan 24 Jan di Lukut, Negeri Sembilan, sebuah premis makanan dikompaun selepas didapati mempamerkan sijil halal syarikat pembekal yang tamat tempoh pada 2016.

Penulis mengambil kesempatan meninjau sebuah restoran di Gombak dipercayai berselindung di sebalik sijil halal yang tidak disahkan Jakim. Malah lebih mengejutkan lapan orang daripada 12 pekerja restoran itu bukan beragama Islam!

Salah seorang pekerja restoran “seakan-akan mamak” itu membuat pendedahan demikian di samping memberitahu penulis bahawa rata-rata pengunjung restoran terdiri daripada pelanggan beragama Islam tanpa mengira peringkat umur.
.....

       Berita Utama Terdahulu