RCI on Wang Kelian: Illegal immigrants pay over RM2,000 to agent [ 11m ago ]

Gempa 5.1 magnitud gegar Teluk Bengal India

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
NEW DELHI, 12 Feb (Bernama) -- Gempa bumi sederhana melanda Teluk India pada Selasa, demikian menurut pegawai Jabatan Meteorologi India.

Agensi berita Xinhua melaporkan, gempa bumi berukuran 5.1 magnitud itu mengegar pada 7.02 pagi waktu tempatan.

"Pusat gempa terletak pada 14.5 darjah utara dan 85.7 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer," kata kenyataan jabatan itu.

Setakat ini tiada laporan mengenai sebarang kerosakan atau kehilangan nyawa.

Gempa berkekuatan 7.8 magnitud pernah melanda negara jiran India, Nepal pada 2015, menyebabkan kemusnahan skala besar dan mengorbankan lebih 5,000 nyawa selain mencederakan 8,000 orang.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu