Cagamas terbit kertas komersial islam RM305 juta [ 3h ago ]

Kedah tubuh task force jaga tanah simpanan Melayu

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
ALOR SETAR, 12 Feb (Bernama) -- Satu ‘task force’ diwujudkan di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah khusus bagi menjaga kepentingan hak status Tanah Simpanan Melayu negeri, sekali gus mengelakkan daripada berlakunya kehilangan tanah berstatus itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata task force itu juga akan memastikan Tanah Simpanan Melayu boleh dibangunkan dengan memberikan pajakan lebih panjang kepada pelabur tanpa menyusutkan keluasan tanah hak milik orang Melayu itu.

“Kita lihat bahawa Tanah Simpanan Melayu (kadang kala) tidak menguntungkan orang Melayu… nilainya tidak boleh meningkat kerana mungkin yang sanggup membeli tanah dengan syarat itu bukanlah dari kalangan orang yang mempunyai kemampuan tinggi.
.....

       Berita Utama Terdahulu