Kedai serbaneka tanpa pekerja manusia diterima baik di Kota Kinabalu [ 21m ago ]

Grafiti Luahan Penghuni Penjara Pudu Menyentuh Hati

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- "Jika ditanya kekasih, katakan aku dah pergi...Jika ditanya ibu, katakan aku akan kembali, jika ditanya polisi, katakan aku sudah mati."

Itu antara bait-bait coretan penghuni Penjara Pudu yang diabadikan sebagai memori buat tatapan generasi kini dan akan datang

Lebih 400 keping gambar grafiti seumpama itu dipamerkan buat tatapan pengunjung di Badan Warisan Malaysia sejak Disember lepas sehingga 28 Februari ini

Pameran grafiti yang ditampilkan adalah satu-satunya cara penghuni penjara berkomunikasi dan meluahkan rasa hati mereka ketika berada di sebalik tirai besi

Setiap ruang penjara itu sarat dengen mesaj-mesej yang menyentuh hati. Antara mesej yang disampaikan melalui grafiti itu superti luahan penyesalan dan muhasabah diri dalam bentuk puisi, teks dan lukisan berunsur keagamaan

Walaupun tidak tahu keseluruhan cerita di sebalik karya penghuni-penghuni itu, pameran yang disampaikan boleh dijadikan satu ingatan yang hidup bagi memelihara Warisan negara Malaysia di dalam diri kita sekaligus menyelami perasaan penghuni-penghuni di Penjara Pudu



--BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu