Tiga remaja tercicir sekolah antara enam ditahan polis [ 8m ago ]

Polis marin Sabah rampas minyak diesel, 114 tong gas LPG

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
KOTA KINABALU, 12 Feb (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas 450 liter minyak diesel dan 114 tong gas petroleum cecair (LPG) yang dipercayai dimiliki tanpa lesen atau permit yang sah, yang dianggar bernilai RM169,230.00 dalam dua operasi berasingan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dalam operasi pertama Op Gelora Khas kira-kira pukul 10.30 malam semalam, selain minyak diesel, pihaknya turut merampas sebuah bot dan enjin 75 HP selepas memeriksa bot penambang di perairan Safma Kota Kinabalu.

"Juragannya, seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun, gagal mengemukakan lesen atau permit sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berhubung pemilikan minyak itu," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
.....

       Berita Utama Terdahulu