Sufficient water supply during drought in Selangor - MB [ 5h ago ]

TLDM bantu APMM tahan dua bot nelayan asing

Tarikh kemaskini: 23/02/2019
KEMAMAN, 23 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan bantuan aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu kapal KD Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara kira-kira 21 batu nautika timur laut dari Pulau Tioman Khamis lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata KD Terengganu menahan bot terbabit pada 11 malam sebelum diserahkan kepada APMM dan kemudiannya ditunda ke Pangkalan Maritim Kemaman.

"Hasil siasatan mendapati dua tekong dan lapan nelayan berumur 19 hingga 55 tahun berada di atas kedua-dua bot tersebut dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot itu membawa hasil laut hampir setengah tan yang dipercayai ditangkap di perairan Malaysia.

“Kesemua hasil laut dan barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM2 juta. Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
.....

       Berita Utama Terdahulu