Penghantaran makanan guna dron bakal dilaksana di Cyberjaya [ 10m ago ]

Fomema turun padang santuni gelandangan

Tarikh kemaskini: 26/03/2019
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menganjurkan program 'A Walk With Homeless' bagi menyantuni golongan gelandangan sekitar ibu kota, malam ini.

Kira-kira 200 gelandangan di dua lokasi berasingan iaitu Pusat Khidmat Gelandangan Jalan Medan Tuanku dan sekitar Jalan Hang Lekiu diraikan menerusi pemberian bantuan pek makanan siap masak, makanan kering serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomema, Datuk Mohd Hatar Ismail berkata, program itu tahun ketiga itu adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk mendekati golongan sasar.

"Bukan sahaja untuk membantu mereka yang memerlukan malah ia memberi pendedahan moral kepada kakitangan kita untuk sentiasa menyumbang semula kepada masyarakat," katanya kepada Bernama, di sini.

Program dengan kerjasama Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) itu turut disertai Pengarah Eksekutifnya Tengku Shaheera Tengku Abdullah, Pengurus Komunikasi Korporat, Dimash Serikov dan 25 kakitangan Fomena.

-- BERNAMA









BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu