Warga emas ditahan seludup rokok di Johor [ 8m ago ]

Mongolia tubuh institut penyelidikan Genghis Khan

Tarikh kemaskini: 11/04/2019
ULAN BATOR, 11 April (Bernama) -- Kerajaan Mongolia memutuskan untuk menubuhkan sebuah institut penyelidikan Genghis Khan, lapor agensi berita Xinhua.

Institut baharu itu bertujuan membantu mewujudkan persekitaran yang baik untuk para sarjana dan penyelidik asing menjalankan kajian di Mongolia, menurut kenyataan pejabat akhbar kerajaan.

Ia juga sebahagian usaha kerajaan untuk membangunkan pelancongan warisan.

Penubuhan institut itu juga membolehkan penyelidikan mengenai Genghis Khan dijadikan sebagai salah satu cabang kajian bebas.

Genghis Khan (1162-1227) adalah pengasas Empayar Mongol pada abad ke-13 dan bertanggungjawab menyatukan suku kaum yang terdapat di Timur Laut Asia.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu