Isu rampasan kapal kargo halang rundingan semula dengan AS - Duta Korea Utara [ 1m ago ]

Netanyahu menang penggal kelima sebagai PM Israel

Tarikh kemaskini: 12/04/2019
JERUSALEM, 12 April (Bernama) -- Keputusan rasmi pilihan raya Israel yang dikeluarkan pada Khamis malam menunjukkan parti Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah menewaskan saingan utamanya pakatan politik Biru dan Putih, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa pilihan raya.

Keputusan itu dikeluarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat selepas dua hari penjumlahan undi dan kelewatan yang disebabkan oleh kerosakan komputer, kata Hakim Hanan Melcer.

Parti Likud pimpinan Netanyahu memenangi 36 kerusi manakala pakatan Biru dan Putih yang diterajui seorang bekas panglima angkatan tentera memperoleh 35 kerusi.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu