Imigresen Kedah tahan sembilan PATI di restoran tomyam [ 28m ago ]

Pengambilalihan tentera bukan langkah sesuai tangani isu di Sudan - Kesatuan Afrika

Tarikh kemaskini: 12/04/2019
MOSCOW, 12 April (Bernama) -- Pengambilalihan tentera bukanlah satu respons yang baik terhadap isu yang merundung Sudan, kata Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU) Moussa Faki Mahamat pada Khamis.

Agensi berita Sputnik, yang memetik kenyataan AU, melaporkan bahawa terdahulu pada hari sama, Menteri Pertahanan Sudan Awad Mohamed Ahmed Ibn Auf mengumumkan penubuhan sebuah majlis tentera yang akan mentadbir negara itu selama dua tahun.

Menteri itu berkata Presiden Omar Bashir telah ditahan dan perintah darurat selama tiga bulan telah diisytihar di negara tersebut.

"Pengerusi melahirkan keyakinan Kesatuan Afrika bahawa pengambilahan tentera bukanlah respons yang sesuai terhadap cabaran yang didepani Sudan serta aspirasi rakyatnya," menurut kenyataan itu.

Pengerusi itu menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam krisis di Sudan bertenang.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu