'Fans must behave at Selangor Sultan's Cup match' [ 1m ago ]

Parti Demokratik Sosial menang kerusi paling banyak dalam pilihan raya parlimen Finland

Tarikh kemaskini: 15/04/2019
HELSINKI, 15 April (Bernama) -- Parti Demokratik Sosial meraih kemenangan paling banyak dalam pilihan raya parlimen Finland yang berlangsung pada Ahad, dengan sejumlah 40 kerusi, lebih enam berbanding pilihan raya 2015, lapor agensi berita China Xinhua.

Selepas semua undi dikira di seluruh negara kecuali kawasan Lapland, Parti Rakyat Finland memenangi sejumlah 39 kerusi manakala Parti Gabungan Kebangsaan memenangi 38 kerusi, masing-masing lebih satu kerusi berbanding pilihan raya sebelum itu.

Parti Tengah sekadar meraih sejumlah 31 kerusi, kurang 18 kerusi berbanding pilihan raya 2015.

Parti Hijau memenangi 20 kerusi, meningkat lima kerusi manakala Perikatan Kiri meraih 16 kerusi, lebih empat kerusi. Parlimen Finland memiliki sejumlah 200 kerusi.

Parti Rakyat Sweden pula memenangi sembilan kerusi manakala Parti Demokrat Kristian meraih lima kerusi.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu