Boy dies after falling into pool near quarry [ 6h ago ]

Wanita lahir menerusi tabung uji pertama di China, kini bergelar ibu

Tarikh kemaskini: 15/04/2019
BEIJING, 15 April (Bernama) -- Zheng Mengzhu yang dilahirkan menerusi kaedah tabung uji pertama di China, selamat melahirkan anak lelakinya pada Isnin pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik Hospital Universiti Peking Ketiga.

Bayi seberat 3,850 gram itu dilahirkan pada 8.34 pagi Isnin melalui pembedahan.

"Pembedahan berjalan lancar, ibu dan bayi berada dalam keadaan stabil," kata Dr Zhao Yangyu yang terbabit dalam pembedahan itu.

Zheng dilahirkan pada 10 Mac 1988 dengan bantuan doktor penyelidikan bayi tabung uji, Zhang Lizhu.

Ketua hospital terbabit Qiao Jie, berkata kejayaan Zheng melahirkan anak menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah bayi tabung uji di China.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu