Kerajaan tumpu usaha tingkat pendapatan rakyat sejak RMK5 - Daim [ 9m ago ]

Kempen pemilihan semula Trump kumpul US$30 juta pada suku pertama 2019

Tarikh kemaskini: 15/04/2019
WASHINGTON, 15 April (Bernama) -- Kempen pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudah mengumpul lebih US$30 juta pada suku pertama 2019, lapor agensi berita Xinhua, memetik CNN pada Ahad.

Pengarah komunikasi kempen, Tim Murtaugh berkata jumlah baki kempen sebanyak US$40.8 juta.

Menerusi twitternya pada Ahad petang Murtaugh menulis, hampir 99 peratus sumbangan berjumlah US$200 atau kurang dengan purata sumbangan sebanyak US$34.26.

Kempen senator Vermont Bernie Sanders, yang bertanding buat kali kedua untuk jawatan presiden AS, berjaya mengumpul sejumlah US$18.2 juta dalam tempoh 41 hari sejak dilancarkan secara rasmi pada Februari lalu.

Diikuti Senator California Kamala Harris, bekas jeneral negeri itu dengan US$12 juta.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu