Malaysian Paralympic Athletes' Foundation hopes to assist grassroots athletes [ 16m ago ]

27 militan maut di timur laut Nigeria

Tarikh kemaskini: 15/04/2019
LAGOS (Nigeria), 15 April (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 27 militan Boko Haram terbunuh dalam operasi yang dilancarkan tentera Nigeria dan Cameroon, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap tentera Nigeria, Sagir Musa berkata tentera turut merampas senjata api dan peluru milik pengganas dalam operasi pembersihan yang dijalankan di beberapa buah kampung di negeri timur laut Nigeria, Borno.

"Operasi ketenteraan itu tertumpu di pinggir Gamboru-Ngala dan kawasan sekitar bertujuan memusnahkan lokasi persembunyian pengganas," tambahnya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu