Lelaki ditembak ada rekod jenayah berkaitan dadah, samun [ 3m ago ]

Lebih 20 ditahan dalam rusuhan di Copenhagen

Tarikh kemaskini: 15/04/2019
STOCKHOLM, 15 April (Bernama) -- Lebih 20 orang ditahan dalam rusuhan yang tercetus ekoran perhimpunan anjuran parti sayap kanan Denmark, di kawasan kejiranan penduduk Islam di Copenhagen, lapor agensi berita Sputnik.

"Seramai 23 orang telah ditahan dalam insiden rusuhan yang berlarutan sepanjang malam itu, Hari ini kami merancang untuk meneruskan prosiding ke atas enam daripada yang ditahan," kata polis Copenhagen menerusi Twitter.

Pada Ahad, ketua parti Stram Kurs, Rasmus Paludan bersama penyokongnya mengadakan demonstrasi di kawasan kejiranan Copenhagen. Rusuhan tercetus apabila penduduk tempatan menyerang penunjuk perasaan, memaksa polis menggunakan gas pemedih mata.

Dalam Twitternya, Perdana Menteri Denmark, Lars Løkke Rasmussen menyelar kejadian itu dan menyifatkannya sebagai "provokasi yang tidak boleh diterima akal."

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu